[Versi E-book (Softfile)]
Kurikulum Homeschooling untuk Kanak-kanak Berumur 2 - 3 Tahun
Belum nak hantar anak ke sekolah, tapi bingung nak stimulasi dan galakkan anak bermain di rumah? Tidak mahu anak anda terlalu banyak bermain gajet? Jangan risau, ibu-ibu! Modul kurikulum kanak-kanak homeschooling ini adalah pilihan yang tepat sebagai panduan untuk ibu-ibu mengiringi tumbesaran dan perkembangan si manja secara berdikari di rumah.
Senarai semak perkembangan kanak-kanak mengikut umur dalam aspek agama & moral, kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, bahasa, kebolehan emosi sosial, kognitif & deria, kemahiran hidup praktikal & berdikari.
Bagi memudahkan ibu-ibu, kami juga telah menyediakan bahan pembelajaran dalam bentuk beberapa cetakan mengikut tema setiap bulan mengikut kebolehan umur anak.
Ibu-ibu tak perlu lagi pening kepala nak ajak anak main atau stimulasi apa sebab kami dah buat jadual aktiviti harian anak selama 6 bulan. Aktiviti telah diselaraskan dengan pencapaian pembangunan dan disediakan berdasarkan garis panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Jabatan Pendidikan Negara.
Terdapat juga templat lembaran penilaian kehadiran harian dan bulanan yang boleh diisi oleh ibu bapa untuk menilai perkembangan anak mereka.
Usia Awal Mempunyai Pengaruh Besar Terhadap Proses Pembelajaran Si Kecil Anda
Jangan sia-siakan masa keemasan tumbesaran anak anda, ibu-ibu! Iringan daripada ibu bapa memainkan peranan penting untuk anak-anak.
Untuk kegunaan peribadi sahaja, perdagangan dan pengeluaran semula tanpa kebenaran Qiakids adalah dilarang.
**Sila hormati kreativiti orang lain**